top of page

[KATAKAN TIDAK KEPADA "VALENTINE'S DAY" ]


(وَلَا تَقۡرَبُوا۟ ٱلزِّنَىٰۤۖ إِنَّهُۥ كَانَ فَـٰحِشَةࣰ وَسَاۤءَ سَبِیلࣰا)

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

[Surat Al-Isra' 32]

1. Imam Syauqi menyebut terdapat 7 jalan yang menghampiri zina & salah satunya ialah berpasangan tanpa ikatan ( "couple" ) atau berjumpa tanpa urusan yang diharuskan syara' "dating" ).

2. "Valentine's Day" atau hari kekasih merupakan satu perayaan yang mempunyai unsur agama Kristian. Islam menghalang umatnya daripada meraikan upacara keagamaan agama selain Islam.

3. Segelintir anak muda sekarang meraikan "Valentine's Day" dengan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan Islam seperti berdua-duaan & memberi hadiah tanpa mengikut batasan syarak.

4. Perbuatan ini jika tidak dibendung bakal menjadi 'budaya' yang salah tetapi dianggap normal akibat terlampau ramai yang melakukannya.

5. Islam sangat menggalakkan umatnya berkasih sayang, tetapi untuk meluahkan kasih sayang antara seorang lelaki dan seorang perempuan perlu melalui saluran yang dibenarkan oleh syara’. Ia bukannya yang menggalakkan kepada perkara yang mendorong atau merangsang kepada maksiat.

6. Oleh itu, PROFAZ menyeru semua anak muda untuk sama-sama mengatakan tidak kepada "Valentine's Day" dan menegur serta menasihati orang terdekat jika dilihat cenderung untuk meraikannya.

Profaz Club IIUM Kuantan 18/19

#In❤WithQuran


bottom of page