top of page

[ WOMEN'S MARCH : KITA TOLAK LGBT! ]


1. Pada 8 Mac 2019 yang lalu , disamping para wanita meraikan Hari Wanita Sedunia, negara kita dikejutkan dengan laungan "Hidup LGBT" dalam sebuah himpunan di Kuala Lumpur yang dikenali sebagai Women's March.

2. Women's March adalah perarakan golongan aktivis feminisme & orang muda yang diketuai oleh NGO Sister In Islam (SIS), Women Aid Organisation (WAO) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang diadakan di Dataran Merdeka.

3. Mereka menuntut beberapa perkara berkaitan ketuanan wanita dan menolak amalan patriaki (ketuanan lelaki) dalam masyarakat. Himpunan ini juga melaungkan slogan "Hentikan Perkahwinan Kanak-Kanak", "Hidup Wanita" dan "Hidup LGBT".

4. Golongan LGBT kini dilihat semakin rancak dan berani mempertahankan hak dan kebebasan bagi mengamalkan hubungan songsang ini. Sebagai anak muda, perkara ini tidak boleh dipandang enteng dan perlu segera dibanteras daripada terus merebak dalam kalangan masyarakat kita.

5. Oleh itu, PROFAZ UIAM KUANTAN menolak sekeras-kerasnya sebarang agenda yang mencabar hukum Islam. Ia bukan sahaja mengelirukan umat Islam, bahkan boleh merosakkan aqidah.

6. Kami menyeru agar pihak berkuasa termasuk kerajaan untuk mengambil tindakan yang wajar terhadap gerakan songsang ini.

7. Kepada semua warga UIAM & umat Islam seluruhnya, marilah kita bersama-sama cakna dengan isu ini serta mendoakan agar negara Malaysia tercinta dipelihara daripada agenda musuh Islam yang ingin menjatuhkan syariat Islam!

"الإسلام يعلوا، ولا يعلى عليه" Islam itu tinggi , dan tiada yang lebih tinggi darinya.

inLovewithQuran

Yang benar, PROFESSIONAL HUFFAZ CLUB 2018/2019 , UIAM KUANTAN.


bottom of page